Cara Pembayaran

Payment Method
Senang je kalau nak beli dengan kitorang. Mula2, kena pilih dan beli kat kedai online kami di Reena's Online Lepas tu dia beritahu cara pembayaran:
  • Maybank/Maybank2u – Boleh masukkan duit kat dalam cash deposit machine. Kalau guna Maybank2u.com lagi senang. Just transfer je duit. Nombor akaun kami akan diberitahu semasa anda selesai beli barang tu.
  • CIMB/CIMBclicks – Sama je macam Maybank/Maybank2u. Boleh masukkan duit kat dalam cash deposit machine. Kalau guna CIMBclicks.com.my lagi senang. Just transfer je duit. Nombor akaun kami akan diberitahu semasa anda selesai beli barang tu.
  • Paypal – Ini untuk orang yang advance sikit. Kalau korang ada duit lebih dalam Paypal, tak tau nak buat apa, boleh jugak bayar. Kalau korang ada kredit kad Visa atau Master Card, boleh jugak guna Paypal. Tapi nak kena configure dulu la.
Nota:
  • Cara pembayaran diatas hanya untuk orang Malaysia sahaja.
  • Setakat ini, kami hanya menerima Maybank dan CIMB sahaja. Lain2 bank, belum ada. Maaf ya.. ^_^ ..
  • Kalau anda pelanggan dari Brunei, Singapura, Indonesia dan lain2, boleh gunakan Paypal. Tapi harus diingat, walaupun barang itu murah, kos penghantarannya sangat mahal. Sebab tu kami tak hantar ke negara luar. Boleh refer kat page Shipping Rates dan gunakan alamat kawan2 atau saudara-mara di Johor Bahru atau Miri.

No comments:

Post a Comment